Search This Blog

Friday 18 November 2011

wahai Rasullullah~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُI



alangkah indahnya hidup ini
andai dapat ku tatap wajahmu
kan pasti mengalir airmataku
kerna pancaran ketenangan mu

alangkah indahnya hidup ini
andai dapat ku kucup tanganmu
moga mengalir keberkatan dalam diriku
untuk mengikut jejak langkahmu

ya rasullulah ya habiballah
tak pernah ku tatap wajahmu
ya rasullullah ya habiballah
kami rindu padamu
(selawatlah keatas nabimu)

alangkah indahnya hidup ini
andai dapat ku dakap dirimu
tiada kata yang dapat aku ucapkan
hanya tuhan saja yang tahu

ya rasullulah ya habiballah
tak pernah ku tatap wajahmu
ya rasulullah ya habiballah
kami rindu padamu

ku tahu cintamu kepada umat
ku tahu bimbangnya tentang kami
syafaatkan kami

ya rasullulah ya habiballah
terimalah kami sebagai umatmu
kurniakanlah syafaatmu



takut. diri ni masih bertatih

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُI

lama x update. sebab takut. takut hati ni disalah anggap dan riak untuk mencari keredhaan Ilahi. bagi mereka yang hanya mengambil isi yang disampaikan alhamdulillah. tapi takut bagi si 'hati' yang menyangka lain pada entry2 sebelom ini. biarlah dahulu blog ni sunyi. diri sendiri takut andai ada post yg di muat naik kan , diri ni akan merasa dia la yg hebat. maaf. undur diri tika ini. akhir kata maaf andai ada yang terasa sama ada pada entry2 sebelum ini atau tuan punya blog sendiri. bagi sesiapa yang membaca maaf dipinta andai ada yang tersinggung dengan diri ku ynang hina ini. dan kepada seluruh umat Allah di muka bumi ini, maaf saya pinta dari anda semua. saya juga memaafkan anda. dan permintaan yang tak seberapa , selepas membaca entry ni, sedekahkanlah al-fatihah buat si mati mahupun umat manusia di bumi ini kerana itu sangat bermakna bagi kami yang berdosa ini. juga sedekahkan lah juga untuk si pemilik blog ini. moga engan sedekah mu itu akan membantu saya jika saya tiada kelak. 

al-fatihah~

ya allah, moga dosa-dosa kami yang terdahulu mendapat keampunan dari mu. bersihkanlah hati kami dan janganlah kau tarik balik iman di dada kami. amin ya rabbal 'alamin. :)

buat saudara2 ku maaf dipinta andai diri ini dahulu pernah menyinggung hati dan perasaan semua. maaf dipinta~ :)

Tuesday 8 November 2011

Siapa kau !!

asssalamualaikum..

haaa entry kali ni aku copy paste dari fb. aku suke ayt ni n ia juga sebenarnya sebagai guide aku. setiap kali aku buka blog n bce balik, secare automatikkita akan muhasabah diri kita sendiri. nah~


Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja!

DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu.

semoga kita sentiasa dalam perlindunganNya . amin~

Wednesday 19 October 2011

Aku Rindu !

assalamualaikum..

4.30a.m khamis..
pagi ni sayu jer. rindu kat kawan2 lame yg same2 belajar di sekolah agama dulu. tp sejak aku masok u, dorg ni mcm aku sisihkan. aku bersyukur mereka tetap same seperti yg dulu. xberubah malah bertambah warak sorg demi sorg. alhamdulillah.sejak akhir2 ni makin ramai kawan2 aku yg mula nak keep in touch balik ngn aku. im very happy. thanksALLAH. give me chance to friend with them. sesungguhnya aku percaya, kalo seseorang tu berniat ikhlas untuk berubah dan berhijrah kearah kebaikan, allah sentiasa akan menghantar insan2 yg solehah dalam hidup dia. once again, thanks Allah.

HUKUM HUDUD ! jgn dipandang enteng !

assalamualaikum.

ok kejadian pg td lebih membuatkan aku ingin mendalami hukum allah yg satu ini. hukum hudud. ya pg td ada seorg hamba allah di fb telah menyatakan pndapatnye akan hukum hudud. tp ia mencamporkan hukum hudud ni ngan parti. means parti ni saje nk gune hukum ni sebagai modal  n so on. masyaallah. bila alim ulama kate barang siapa yg menolak hukum allah maka murtadlah dia kerana org yg menolak hukum allah adalah org yg kufur. kalau org itu mmg islam dan tolak hukum allah means dia murtadlah kan. ok aku pon xterer bab ni. tp aku rase wajib aku untuk berkongsi supaya kita x jadi org yg 'pandai' tp buta hatinya.

Muqaddimah.

1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.



Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke 36 :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا




maksudnya :

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."



2. Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia dan alam semesta. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ



maksudnya :



"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."



3. Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ



maksudnya :



"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"



4. Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا




"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."



Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ



"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."



5. Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera serta aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ



"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

kredit: Ust Nasrudin Hasan

Sunday 16 October 2011

Juz Think About it~

assalamualaikum..
ok mase duduk duduk td terpikir plak pasal ni. pasal ape ? haaa nk gtaw la ni.

skunk ni mmg la kita kat dunia kita ada mak ayah , adik beradik, boyfrend or gelfren tersayang dan kawan2 yg setia temankan kita. sentiasa tolong bila kita susah, sudi dengar cerita kita bila kita bersedih dan pendek kate hidup kita kat dunia ni 'sempurna' sangat. kan?. ermmm

tapi...

cmne bila kita dah mati nati ? sape yg sudi ikot kita same2 masok dalam kubur ? tanggung seksa kubur sama2 dengan kita ? kalau dulu kawan2 ada, tapi skunk bila kita dengan Munkar N Nakir sape yg ade nk temankan kita ? even ibu kita pon xkan mungkin ikot kita sama2 di kubur. kalau lah dulu kita x pernah sembahyang , bace quran haaa cmne ? sedangkan kita taw bila kita mati nati amal ibadat kita tu la yg jadi penyelamat kita. kan? lebih malangnyer, bila kita pernah sama2 buat jahat ngn kawan kite, tp disebabkan ajal kita sampai dulu dan xsempat nak bertaubat, masyallah. dapat bayang x azab yg menati kita nati. mungkin kawan kite tu masih sempat bertaubat. tp kita ? dah terlambat. sape yg nak tolong kita time tu ?

kalau masa didunia, pensyarah nak wat test kita mesti nak taw soalan ape yg kuar kan ? untuk mudah kan kita jawab test tu nati. tp kita pon dah di beritahu soalan ape yg akan ditanya d dalam kubur nati (bak kate org solan dah bocor kan) tp kite yakin ke kita boleh jawab ? kalo kita hafal pon jawapannys tp bila dikubur bukan hafalan kita yg akan menjawab. tapi amal ibadat kita di dunia yg akan mmbantu kita menjawab. tp kenapa kita x sebuk2 pon nak buat amal ibadat. sedangkan soalan di kubur itu nati lebih penting dari test2 kita. sebab ? sebab kita hanya pikir kan dunia semata. masyaallah. ruginyer kita. bila kta dapat tahu kerugian itu ? bila azab allah di depan mata kelak.

cube bayangkan allah turunkan azab untuk kita didunia. tertanggung kah kita? sedangkan ujian yg allah berikan belom tentu kita dapat hadapinya kan...

juz think about it~

ya allah, jika aku kau pilih untuk mendapat hidayahmu, kau tetapkan lah ia ya allah. sesungguhnya aku taw, hidayah itu milik allah. kau berhak memberi kepada sesiapa yg kau kehendaki bahkan kau berhak juga untuk mengambilnya kembali. ya allah tetapkan lah imanku ya allah.lindungilah aku dari azab nerakamu. amin ~

Friday 14 October 2011

KITA SEBENARNYA~

Kita sebenarnya......lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
Kita sebenarnya......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
Kita sebenarnya......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat
Kita sebenarnya......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
Kita sebenarnya......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada sembahyang dan mengaji
Kita sebenarnya......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
Kita sebenarnya......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum
Kita sebenarnya......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid
Kita sebenarnya......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
Kita sebenarnya......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
Kita sebenarnya......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama
Kita sebenarnya......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka
Kita sebenarnya......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebutMasyaAllah
Kita sebenarnya......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan
Kita sebenarnya......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
Kita sebenarnya......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab
bahawa...
KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka
Layakkah kita dengan Syurga milik Allah??