Search This Blog

Friday 18 November 2011

wahai Rasullullah~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُI



alangkah indahnya hidup ini
andai dapat ku tatap wajahmu
kan pasti mengalir airmataku
kerna pancaran ketenangan mu

alangkah indahnya hidup ini
andai dapat ku kucup tanganmu
moga mengalir keberkatan dalam diriku
untuk mengikut jejak langkahmu

ya rasullulah ya habiballah
tak pernah ku tatap wajahmu
ya rasullullah ya habiballah
kami rindu padamu
(selawatlah keatas nabimu)

alangkah indahnya hidup ini
andai dapat ku dakap dirimu
tiada kata yang dapat aku ucapkan
hanya tuhan saja yang tahu

ya rasullulah ya habiballah
tak pernah ku tatap wajahmu
ya rasulullah ya habiballah
kami rindu padamu

ku tahu cintamu kepada umat
ku tahu bimbangnya tentang kami
syafaatkan kami

ya rasullulah ya habiballah
terimalah kami sebagai umatmu
kurniakanlah syafaatmu



takut. diri ni masih bertatih

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُI

lama x update. sebab takut. takut hati ni disalah anggap dan riak untuk mencari keredhaan Ilahi. bagi mereka yang hanya mengambil isi yang disampaikan alhamdulillah. tapi takut bagi si 'hati' yang menyangka lain pada entry2 sebelom ini. biarlah dahulu blog ni sunyi. diri sendiri takut andai ada post yg di muat naik kan , diri ni akan merasa dia la yg hebat. maaf. undur diri tika ini. akhir kata maaf andai ada yang terasa sama ada pada entry2 sebelum ini atau tuan punya blog sendiri. bagi sesiapa yang membaca maaf dipinta andai ada yang tersinggung dengan diri ku ynang hina ini. dan kepada seluruh umat Allah di muka bumi ini, maaf saya pinta dari anda semua. saya juga memaafkan anda. dan permintaan yang tak seberapa , selepas membaca entry ni, sedekahkanlah al-fatihah buat si mati mahupun umat manusia di bumi ini kerana itu sangat bermakna bagi kami yang berdosa ini. juga sedekahkan lah juga untuk si pemilik blog ini. moga engan sedekah mu itu akan membantu saya jika saya tiada kelak. 

al-fatihah~

ya allah, moga dosa-dosa kami yang terdahulu mendapat keampunan dari mu. bersihkanlah hati kami dan janganlah kau tarik balik iman di dada kami. amin ya rabbal 'alamin. :)

buat saudara2 ku maaf dipinta andai diri ini dahulu pernah menyinggung hati dan perasaan semua. maaf dipinta~ :)

Tuesday 8 November 2011

Siapa kau !!

asssalamualaikum..

haaa entry kali ni aku copy paste dari fb. aku suke ayt ni n ia juga sebenarnya sebagai guide aku. setiap kali aku buka blog n bce balik, secare automatikkita akan muhasabah diri kita sendiri. nah~


Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja!

DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu.

semoga kita sentiasa dalam perlindunganNya . amin~

Wednesday 19 October 2011

Aku Rindu !

assalamualaikum..

4.30a.m khamis..
pagi ni sayu jer. rindu kat kawan2 lame yg same2 belajar di sekolah agama dulu. tp sejak aku masok u, dorg ni mcm aku sisihkan. aku bersyukur mereka tetap same seperti yg dulu. xberubah malah bertambah warak sorg demi sorg. alhamdulillah.sejak akhir2 ni makin ramai kawan2 aku yg mula nak keep in touch balik ngn aku. im very happy. thanksALLAH. give me chance to friend with them. sesungguhnya aku percaya, kalo seseorang tu berniat ikhlas untuk berubah dan berhijrah kearah kebaikan, allah sentiasa akan menghantar insan2 yg solehah dalam hidup dia. once again, thanks Allah.

HUKUM HUDUD ! jgn dipandang enteng !

assalamualaikum.

ok kejadian pg td lebih membuatkan aku ingin mendalami hukum allah yg satu ini. hukum hudud. ya pg td ada seorg hamba allah di fb telah menyatakan pndapatnye akan hukum hudud. tp ia mencamporkan hukum hudud ni ngan parti. means parti ni saje nk gune hukum ni sebagai modal  n so on. masyaallah. bila alim ulama kate barang siapa yg menolak hukum allah maka murtadlah dia kerana org yg menolak hukum allah adalah org yg kufur. kalau org itu mmg islam dan tolak hukum allah means dia murtadlah kan. ok aku pon xterer bab ni. tp aku rase wajib aku untuk berkongsi supaya kita x jadi org yg 'pandai' tp buta hatinya.

Muqaddimah.

1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.



Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke 36 :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا




maksudnya :

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."



2. Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia dan alam semesta. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ



maksudnya :



"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."



3. Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ



maksudnya :



"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"



4. Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا




"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."



Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ



"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."



5. Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera serta aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ



"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

kredit: Ust Nasrudin Hasan

Sunday 16 October 2011

Juz Think About it~

assalamualaikum..
ok mase duduk duduk td terpikir plak pasal ni. pasal ape ? haaa nk gtaw la ni.

skunk ni mmg la kita kat dunia kita ada mak ayah , adik beradik, boyfrend or gelfren tersayang dan kawan2 yg setia temankan kita. sentiasa tolong bila kita susah, sudi dengar cerita kita bila kita bersedih dan pendek kate hidup kita kat dunia ni 'sempurna' sangat. kan?. ermmm

tapi...

cmne bila kita dah mati nati ? sape yg sudi ikot kita same2 masok dalam kubur ? tanggung seksa kubur sama2 dengan kita ? kalau dulu kawan2 ada, tapi skunk bila kita dengan Munkar N Nakir sape yg ade nk temankan kita ? even ibu kita pon xkan mungkin ikot kita sama2 di kubur. kalau lah dulu kita x pernah sembahyang , bace quran haaa cmne ? sedangkan kita taw bila kita mati nati amal ibadat kita tu la yg jadi penyelamat kita. kan? lebih malangnyer, bila kita pernah sama2 buat jahat ngn kawan kite, tp disebabkan ajal kita sampai dulu dan xsempat nak bertaubat, masyallah. dapat bayang x azab yg menati kita nati. mungkin kawan kite tu masih sempat bertaubat. tp kita ? dah terlambat. sape yg nak tolong kita time tu ?

kalau masa didunia, pensyarah nak wat test kita mesti nak taw soalan ape yg kuar kan ? untuk mudah kan kita jawab test tu nati. tp kita pon dah di beritahu soalan ape yg akan ditanya d dalam kubur nati (bak kate org solan dah bocor kan) tp kite yakin ke kita boleh jawab ? kalo kita hafal pon jawapannys tp bila dikubur bukan hafalan kita yg akan menjawab. tapi amal ibadat kita di dunia yg akan mmbantu kita menjawab. tp kenapa kita x sebuk2 pon nak buat amal ibadat. sedangkan soalan di kubur itu nati lebih penting dari test2 kita. sebab ? sebab kita hanya pikir kan dunia semata. masyaallah. ruginyer kita. bila kta dapat tahu kerugian itu ? bila azab allah di depan mata kelak.

cube bayangkan allah turunkan azab untuk kita didunia. tertanggung kah kita? sedangkan ujian yg allah berikan belom tentu kita dapat hadapinya kan...

juz think about it~

ya allah, jika aku kau pilih untuk mendapat hidayahmu, kau tetapkan lah ia ya allah. sesungguhnya aku taw, hidayah itu milik allah. kau berhak memberi kepada sesiapa yg kau kehendaki bahkan kau berhak juga untuk mengambilnya kembali. ya allah tetapkan lah imanku ya allah.lindungilah aku dari azab nerakamu. amin ~

Friday 14 October 2011

KITA SEBENARNYA~

Kita sebenarnya......lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
Kita sebenarnya......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
Kita sebenarnya......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat
Kita sebenarnya......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
Kita sebenarnya......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada sembahyang dan mengaji
Kita sebenarnya......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
Kita sebenarnya......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum
Kita sebenarnya......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid
Kita sebenarnya......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
Kita sebenarnya......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
Kita sebenarnya......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama
Kita sebenarnya......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka
Kita sebenarnya......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebutMasyaAllah
Kita sebenarnya......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan
Kita sebenarnya......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
Kita sebenarnya......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab
bahawa...
KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka
Layakkah kita dengan Syurga milik Allah??

Wednesday 12 October 2011

Kau Kata Kau Sayang, Tapi Kau Dusta !

assalamualaikum..
haaa entry kali ni tajuk xboleh blaa kann. hahha. tp xpe. chill chill jer...

Kau Kata Kau Sayang, Tapi Kau Dusta ! 
'kenapa ni? bila aku dusta kat kau. mmg aku sayangkan kau, aku bg ape yg kau nak semuanya. kau nak mkn kek harini, hari ni gak aku bawakkn kek. kaw nak aku belikan BB (blackberry laaa kan xkn blueberry) haaa petang tu gak kau dapatkan. aku xpernah curang pon ngan kau tp kenapa ckp aku dusta !' haaa tuu dia ayt org berkapel. maybe xde la seketul2 macam ni . juz example. maksud tetap same kannn. huhu. 

ok. itu bagus. kau xpernah nk lupa untuk penuhi permintaan 'si dia' yg belom tentu milik korang yg sah kannnn. tp kau lupa satu jer. ya ! yg di atas sane ! kau kate kau cinta DIA. kau kate kau nk mati dalam agama DIA. kau kate DIA lah yg maha hebat. tp buktinyer ? xde pon bukti kannn :(. kalo ngan 'si dia' nahh dan dan tuu sanggup rentas lautan api bagai. (AMARAN pada si gadis ! kalo ade lelaki sanggup renangi lautan api demi korg. jauhkanlah.) sebab satu2 nya lautan api adalah neraka ! masyaallah. nak ke korg bersuamikan mereka yg sanggup ke neraka. sepatutnya, mereka membawa korg ke syurga. kannnn??

balik kepada tajuk, pernah rasa x macam mane sedih nangis2 bagai bile kene tinggalkan org yg kita sayang ? penah ? haaa tp korg penah pk x  mcm mane keadaan kita kelak bila kita lupakan DIA. masyaallah. 

kau kate kau sayang mak korgkan. tapi dalam diam kau akan buat mereka derita di alam kubur kelak. kenapa ? kita sama sama pk lah. nak ckp, aku pon xsempurna sangat. tp AT LEAST kita cube kannn. kalo dari sekarang xmulakan, bila lagi ! xkan bila mak korg dah dipanggil olehNya baru nak mula... dosa kita sebelom ni sape yg tggung. mereka jugak. mcm tuu kau kate kau sayang dorg. sayang bukan dengan beri mereka kemewahan yg korg ade. janji manis rumah banglo untuk mereka, tp dengan menjaga adab, menjaga maruah agar kelak dikubur mereka tidak diseksa atas dosa yg kita lakukan.macam tu lah sayang kan mak kannnn :)sesungguhnya salah satu bekalan mereka dikubur adalah doa anak yg soleh :)

kalau korg boleh buktikan kecintaan korg pada 'sidia' buktikan juga pada ALLAH pencipta korg !. boleh kannn. suka aku ingt kan. kita belom terlambat lagi nk bertaubat. cube memohon agar diberikan hidayah kepada kita. percayalah, suatu hari nati akan terbuka juga hati korg menerima hidayah dariNYA.amin ~


Tuesday 11 October 2011

X Tahu Malu !

assalamualaikum..
dedicate khas tuk diri sendiri~

entry X tahu Malu ! kali ni juz untuk diri sendiri. siapa terasa, maaf maaf maaf..

bayangkan lah suatu hari ;
  • allah mengambil nyawa IBU kamu
  • allah mengambil nyawa AYAH kamu
  • allah mengambil nyawa SUAMI/ISTERI kamu
  • allah mengambil kembali NIKMAT yg diberikan kepadamu
  • allah mengambil kembali KESENANGAN daripadamu
  • allah mengambil kembali SAHABAT2 mu
dan yg paling ditakuti
  • ALLAH MENARIK KEMBALI HIDAYAH YANG DIBERIKAN KEPADAMU. masyaallah~
pernah x bayangkan semua tu ? kalo semua tu terjadi pada kita apa yg kita akan buat ? menangis ? then,baru mula nak cari sejadah, baru taw nak ambil wuduk,baru sebok nak cari arah kiblat, baru taw nak solat, baru taw nak menangis kerana menyesal, baru tahu nak mengadu kepada ALLAH (ehhh. ingat lagi rupanya) n baru tahu siapa diri kita berbanding Dia tuhan kau yg selalu kaw lupa !(masa tu 1 jam pon belom tentu cukup korg duduk menangis atas tikar sejadah) masa tu korg x rasa malu ker ? dah terhantuk baru terngadah ? bila satu2 benda or orang yg korg sayang diambil kembali olehNya, time tu baru korg rase betapa berkuasa Nya Dia.baru tahu nak bertaubat. alhamdulillah sape yg rase nak bertaubat. sesungguhnya sifat allah tu al-ghafur. Maha Pengampun. tp ada jugak yg taubat 5 minit. lepas habis kenduri tahlil , dah lupe diri balik. nauzubillah~ bukan ke tu namenyer xtaw malu. kannn??? dah susah baru nak mintak tolong. time senang LUPA DIRI. ayuh saudara saudaraku, u still have a time. please be repent. :( ..

cukoplah dengan ikhlaskan hati korg dan hayati makna di sebalik nama Allah. menitis air mata. merasa kerdil nya diri kita. hayatilah makne disebalik zikir zikir allah. memohon ampun kepadaya. macam mane bersungguhnya kita meminta maaf dari org yg kita sayang, lebih bersungguh lah lagi meminta ampun kepadanya. macam mana kita takut kehilangan org yg kita sayang, takutlah lagi bila kehilangan keredhaan allah. macam mana sedihnya kita bila berpisah dengan sahabat, bersedih dan menangis lah kita jika hilang keberkatan Allah pada kita.

ya allah, letakkanlah hamba hamba mu ini di dalam perlindungan mu ya allah. jika mati itu lebih baik untukku, matikan lah aku di dalam agamamu, matikanlah aku sebagai pengikut nabi Muhammad s.a.w. yg tidak munafik. amin ~
     

    Monday 10 October 2011

    Rahsia Solat


    Rahsia Solat


    Assalamua'laikum wr wb......... ...



    Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......



    1 - Niat Sembahyang :

    Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.



    2 - Berdiri Betul :

    Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.



    3 - Takbir-ratul Ihram :

    Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.



    4 - Fatihah :

    Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.



    5 - Ruqu' :

    Sebagai tikar kita di dalam kubur.



    6 - I'tidal :

    Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.



    7 - Sujud :

    Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.



    8 - Duduk antara 2 Sujud :

    Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur



    9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :

    Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.



    1 0 - Tahhiyat Akhir :

    Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.



    11 - Selawat Nabi :

    Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.



    12 - Salam :

    Memelihara kita di dalam kubur.



    13 - Tertib :



    "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

    Salam Ukhuwah..~kopy paste jer :)

    Solat Akhir Waktu !

    assalamualaikum.
    haaa td g lagi 'jalan2' nak cari buah tgn tuk korg. nah~ amek la. bce.

    Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....
    Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya
    Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya
    Kisahnya ?..
    Setiap kita ada malaikat
    Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
    Untuk sampaikan amalan kita
    Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
    Dimana setiap penjaga tol,
    Kroni malaikat juga
    Jika sembahyang di awal waktu
    Tolnya "free"
    Sekatan tol tiada
    Tiada "jem"
    Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan
    Tapi
    Jika sembahyang di akhir waktu
    Tol free juga
    Tapi sekatannya
    MasyaAllah?.
    Di langit pertama,
    Penjaga tol marahkan posmen kita
    Kenapa lewat poskan amalan kita
    Merayu-rayu posmen malaikat kita
    Minta diberi laluan
    Tetapi? penjaga langit pertama
    Tidak heran
    Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
    Maka..
    Jatuh berderai?
    Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
    Satu persatu dikutip
    Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
    Dilangit kedua,
    Samalah juga,
    Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
    Merayu lagi kawan kita
    Tak dipedulinya
    Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
    Jatuh berderai lagi..
    Dikutip satu persatu amalan kita
    Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
    Dilangit ketiga,
    La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
    Kenapa lewat hantar amalan tersebut
    Tiada kompromi
    Terus dibaling amalan kita
    Jatuh berderai amalan kita
    Tak ade nilai?.
    Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi

    Maka..
    Tak sampailah amalan kita kepada Allah
    Seolah-ol ah kita tak sembahyang juga
    Maka?
    Bersedialah kita menerima pembalasannya
    Tak di dunia di akhirat pula
    Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
    Ujian bertimpa-timpa
    Ish?.
    Tak berbaloikan kita buat amal
    Tapi tak sampai
    Dahlah tu
    Tak de nilai
    Kena azab lagi nanti

    Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !
    Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
    Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
    Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
    Biarlah kami gawat di dunia
    Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.
    Amin. 


    --

    Jadilah dan kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.

    Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari.

    Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.

    Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi.

    Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua.


    JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN.

    Sebab Ber Wuduk !


    1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

    Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


    2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

    Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

    3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".

    Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .

    4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

    Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

    5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

    Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

    6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

    Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

    7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

    Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

    8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

    Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

    Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

    Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
    Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

    Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

    Bersyukurlah dan bertaubat selalu.. Copy dan share posting ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah..

    Salam Ukhuwah..~

    Sunday 9 October 2011

    Dajjal !

    Peristiwa Akhir Zaman ( Perihal DAJJAL )

    KEDATANGAN DAJJAL
    Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
    Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.
    Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
    Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
    Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
    Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
    Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
    Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
    Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
    Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
    Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur. Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

    KHUTBAH RASULULLAH SAW TENTANG DAJJAL
    Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
    “Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
    “Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
    “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
    “Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
    “Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
    Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

    “Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. “Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
    Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
    Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
    Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
    Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
    Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
    Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
    Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
    Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.” Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.
    *_* bersamalah kita berdoa agar ditetapkan iman, tidak terpesong akidah dan mendapat keredhaan serta bantuan Dari-NYA..Ameen..-_-

    "Aurat Saya Maruah Saya"

    assalamualaikum..
    haii guysss.

    saje singgah nak share someting. 
    nah ~
    ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT..SAMA2 KITA RENUNG2 KAN 

    1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?? > Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka. 

    2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok > Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ? 

    3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami. > Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut . 

    4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa. Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga? 

    5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda. 

    6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

    7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) > Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah? 

    8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti. 

    9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la. Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku. 

    10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIP buat. 

    Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan. 

    "aurat saya maruah saya"

    Ohh Bulan ~

    assalamualaikum..
    hai semua...

    malam ni (actually pagi,0212am) aku nak luahkan ngan blog ku lagi. semalam 09.10.11 (means malam td la) sume org tahu tentang bulan. bulan malam td siyes sgt cntek. wlopon xdpt tgk sendiri tp dari kawan2 yg dpt rakam gmbar tu, subhanallah. hanya tu je ayat yg mampu aku ucapkan. kata orang2, seorang ulama di makkah ckp dalam masa 44 hari satu bnde yg dahsyat akan berlaku. so beliau suruh kita memperbanyakkan amalan dan segera bertaubat. but malangnya, ade yg menganggap kata2 itu syirik ! masyaallah. 

    ok kalo korg bace ayt ni betol2 adakah ia syirik ?

    Sheikh Muhammad Fadzil wrote: Hati-hati dengan kajaiban tuhan terhadap bulan pada hari ini. Dalam masa 44 hari, suatu benda yang dasyat akan berlaku terhadap semua umat manusia di bumi ini sebelum tarikh keramat tiupan sangkakala. Bulan yang indah ini bermaksud bumi ini sudah goyah dan uzur untuk didiami oleh umat manusia. Diharapkan kepada umat islam bersunggguh-sungguhlah melakukan Ibadat terhadap ALLAH S.W.T

    terus kuar kat fb mcm2 ayat yg org komen. antaranya

    maybe dea rse dri dea TUHAN kot ...
    Sdang kan nabi allah kita pown x tau tarikh kiamat ...
    Hurmmmmm ....

    yup,tipu. dulu dah terjadi dekat bulan apa yang terjadi hari ni. tapi tak kiamat2 pun dunia ni? haaaaaaa

    masyaallah.

    tp bg pandangan aku dan komen yg aku balas tuk dorg plak

    44 hari bukan untuk kiamat. but sesuatu benda yg dahsyat akan berlaku. kite xboleh nak banned terus. maybe dorg wat tuk tkotkan kite supaya segera bertaubat. mmg xde siapa tahu tarikh dan bila kiamat nak berlaku. tp maybe niat hati die nak ckp cmni untuk kite menyegerakan bertaubat. Allah je yg ade hak tuk tentukannya. xpyh marah.juz pk, nobody is perfect. 

    n aku suke sorg hamba allah ni punye komen

    ape lak syirik..dia bukan menyekutukan Allah..dia hanya memberi apa yang dirasakan..jgn mudah mensyirikkan org..kaji dulu apa maksud syirik..

    korg ingatlah !!!

    Lingkaran bulan merupakan tanda2 bagi manusia yang berakal,untuk mengenal pasti bencana yang bakal menimpa.


    so guys, segala-galanya terletak d tangan allah. kita hanya hamba mampu beri pandangan tp jagn melampau. lebih boleh tp jangan berlebih lebih. takot komen kite tu nati jadi fitnah org. astagfirullahal'azim. jauhkanlah. amin ~  

    Friday 7 October 2011

    Perempuan Mudah Masuk Syurga tetapi Lebih Ramai ke Neraka ??

    assalamualaikum..
    hai...

    semoga kita orang perempuan dijauhkan daripada perkara tersebut. Amin ~

    Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

    Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
    Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

    Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.
    Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)”
    Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

    Namun perempuan lebih ramai di neraka

    Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

    Tanda Tanda Dunia Hampir Kiamat

    assalamualaikum
    hai semua..
    pagi ni nak kongsi tentang tanda tanda hari kiamat. korang boleh tick la mane2 yg korang rase dah berlaku sekarang dan kira berapa banyak tnda2 yang dah ditunjukkan.

    Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh  Al  'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji  Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :
    1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
    2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran),  Quran dilagu - lagukan dan  dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan  hiasan dinding.
    3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
    4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
    5. Cukai ditinggikan.
    6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
    7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis,  Aids da lain - lain.
    8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat  perancang keluarga.
    9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
    10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli  jema'ah  dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.
    11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai  rumah  tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
    12. Banyak berlaku gempa bumi.
    13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
    14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan  lain - lain.
    15. Banyak berlaku rasuah.
    16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi  Wasallam.
    17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
    18. Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak  taat  suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
    19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa  pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)
    20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.


    Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang   tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa  peristiwa iaitu:
    1. Sembahyang ditinggalkan.
    2. Banyak bangunan  tinggi mencakar langit.
    3. Orang jahat jadi pemimpin.
    4. Tidak amanah dan zalim.
    5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
    6. Perkara haram dihalalkan.
    7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
    8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
    9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
    10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
    11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).

    Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan difikirkan  Dipetik dari : Haluan Kepimpinan dan Siasah Dalam Arus Kebangkitan Islam oleh : Prof. Muhammad As Soqhir  Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullahs.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar

    3 Golongan mendiami Bukit Kasturi

    assalamualaikum..
    hai. perkongsian lagi. subhanallah. 

    Tiga  golongan yang tidak risau tentang pengiraan amalan dan tidak akan merasai takut dengan suasana huru-hara di Akhirat kelak kerana mereka dilindungi  oleh Allah SWT dan mereka ditempatkan di Bukit Kasturi, mereka adalah :

    1- Seorang mengimamkan suatu kaum dalam solat dan kaumnya redha kepadanya.
    2- Seorang yang melaungkan azan lima waktu dengan Ikhlas dan hanya mengharap Balasan serta Keredhaan daripada Allah SWT.
    3- Seorang yang Taat kepada Allah SWT  dan Taat kepada majikannya.

    semoga kita bersama2 mengejar keampunan dari Allah. amin~

    11 Golongan Ahli Neraka !

     assalamualaikum..
    hai. ni nak share agy. mungkinkah kita diantaranya ? na'uzibillah min zaliq~ dimintak jauhkan lah dengan ciri2 itu. jika ya , ampunilah aku dan berikan sedikit hidayah untuk ku memperbetulkan diriku kembali.amin ~

    11 GOLOGAN AHLI NERAKA

    Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

    "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

    Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
    oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
    ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
    kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
    menjawab:

    "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
    golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
    sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
    adalah seperti berikut:-

    1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
    mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

    2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
    melengah-lengahkan solat lima waktu.

    3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
    dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

    4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
    berdusta.

    5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
    mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

    6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
    balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

    7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
    darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
    kebenaran.

    8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
    kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
    sebelum bertaubat.

    9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
    Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

    10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
    menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
    ibu bapanya.

    11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
    bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
    kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


    Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

    12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
    titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
    dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
    dalam keadaan bertaubat."

    Tuesday 4 October 2011

    Nah Tengok !

    Assalamualaikum
    hai semua.... td jalan2 di fb jumpe video ni dekat salah org sahabat. renunglah sahabat. wahai sahabat ingtlah kita didunia hanya sementara lebih lebih lagi sekarang dengan dunia yg sudah tua. pelbagai tanda tanda kiamat yg sudah ditunjukkan oleh Allah. sahabat semua, jika anda rasa anda jauh terpesong, marilah kita sama2 bertaubat sahabat dan anggaplah ia sebagai nasihat daripada teman. aku xmampu untuk mengajak mu secara paksa, even dengan memberi nasihat secara terang terangan. aku xmampu. kerana diri ini masih rasa terlalu hina d matanya. sedangkan diri ini masih bertatih untuk kembali kepadanya. hanya ini yg mampu ku lakukan. sambutlah ia sahabat. jgn kau anggap ia sebagai rekaan.

    klik video bawah ni ea. xpandai nk watcmne just letak URL nyer je.klik lah..

    http://www.youtube.com/watch?v=CG8wjptXGo8&feature=player_embedded#!

    Maksud Bacaan Dalam Solat

    assalamualaikum
    hai guys~

    entry kali ni mmg dah lme aku nk cari n post kat cni. sekadar perkongsian bersama. masa tu aku jumpa post yg sama mcm ni dekat belog Farah Lee.  then, aku nk post lagi sekali untuk korang n aku plak.



    'Sekian lama kita mengerjakan solat tetapi tidak ramai yang mengetahui akan maksud setiap ayat di dalam solat. Semoga ianya bermanafaat untuk semua. InsyaAllah.'

    Doa Iftitah 


    Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
    Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
    Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
    dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
    Sesungguhnya solatku,
    Ibadatku,
    hidupku,
    matiku
    adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
    Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
    menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 

     
    Al-Fatihah 

    Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
    Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
    Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
    Yang menguasai hari pembalasan.
    Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
    Tunjukilah kami jalan yang lurus.
    Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
    Bacaan ketika rukuk 
    Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
    Bacaan ketika bangun dari rukuk 
    Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 

     
    Bacaan ketika iktidal 

    Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. 

     
    Bacaan ketika sujud 

    Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
    Bacaan ketika duduk di antara dua sujud 
    Ya Allah, ampunilah daku,
    Rahmatilah daku,
    kayakan daku,
    angkatlah darjatku,
    rezekikan daku,
    berilah aku hidayah,
    sihatkanlah daku dan
    maafkanlah akan daku.
    Bacaan ketika Tahiyat Awal 
    Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
    Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
    keberkatannya.
    Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
    Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
    Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 

     
    Bacaan ketika Tahiyat Akhir 

    Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
    Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
    Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
    Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
    Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
    Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
    Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
    Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
    Doa Qunut 
    Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
    Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
    Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
    Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
    Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
    Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
    Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
    Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
    Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
    Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
    Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
    Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 

     semoga sama2 mendapat manfaat dariNya. amin ~