Search This Blog

Friday 18 November 2011

wahai Rasullullah~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُI



alangkah indahnya hidup ini
andai dapat ku tatap wajahmu
kan pasti mengalir airmataku
kerna pancaran ketenangan mu

alangkah indahnya hidup ini
andai dapat ku kucup tanganmu
moga mengalir keberkatan dalam diriku
untuk mengikut jejak langkahmu

ya rasullulah ya habiballah
tak pernah ku tatap wajahmu
ya rasullullah ya habiballah
kami rindu padamu
(selawatlah keatas nabimu)

alangkah indahnya hidup ini
andai dapat ku dakap dirimu
tiada kata yang dapat aku ucapkan
hanya tuhan saja yang tahu

ya rasullulah ya habiballah
tak pernah ku tatap wajahmu
ya rasulullah ya habiballah
kami rindu padamu

ku tahu cintamu kepada umat
ku tahu bimbangnya tentang kami
syafaatkan kami

ya rasullulah ya habiballah
terimalah kami sebagai umatmu
kurniakanlah syafaatmu



takut. diri ni masih bertatih

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُI

lama x update. sebab takut. takut hati ni disalah anggap dan riak untuk mencari keredhaan Ilahi. bagi mereka yang hanya mengambil isi yang disampaikan alhamdulillah. tapi takut bagi si 'hati' yang menyangka lain pada entry2 sebelom ini. biarlah dahulu blog ni sunyi. diri sendiri takut andai ada post yg di muat naik kan , diri ni akan merasa dia la yg hebat. maaf. undur diri tika ini. akhir kata maaf andai ada yang terasa sama ada pada entry2 sebelum ini atau tuan punya blog sendiri. bagi sesiapa yang membaca maaf dipinta andai ada yang tersinggung dengan diri ku ynang hina ini. dan kepada seluruh umat Allah di muka bumi ini, maaf saya pinta dari anda semua. saya juga memaafkan anda. dan permintaan yang tak seberapa , selepas membaca entry ni, sedekahkanlah al-fatihah buat si mati mahupun umat manusia di bumi ini kerana itu sangat bermakna bagi kami yang berdosa ini. juga sedekahkan lah juga untuk si pemilik blog ini. moga engan sedekah mu itu akan membantu saya jika saya tiada kelak. 

al-fatihah~

ya allah, moga dosa-dosa kami yang terdahulu mendapat keampunan dari mu. bersihkanlah hati kami dan janganlah kau tarik balik iman di dada kami. amin ya rabbal 'alamin. :)

buat saudara2 ku maaf dipinta andai diri ini dahulu pernah menyinggung hati dan perasaan semua. maaf dipinta~ :)

Tuesday 8 November 2011

Siapa kau !!

asssalamualaikum..

haaa entry kali ni aku copy paste dari fb. aku suke ayt ni n ia juga sebenarnya sebagai guide aku. setiap kali aku buka blog n bce balik, secare automatikkita akan muhasabah diri kita sendiri. nah~


Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan ujub. Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja!

DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu.

semoga kita sentiasa dalam perlindunganNya . amin~