Search This Blog

Saturday 1 October 2011

Padamu Ku Bersujud


Assalamualaikum Kekasihku..
-Antara aku dan Dia-

Kenapa tiba-tiba aku menangis ni?sebab aku cengeng ? sebab aku buat ibuku menagis lagi? Bukan ? abis tu sebab apa ? Menangis kerana ape ? kerana Mu ya allah. Aku menangis didalam solatku ya allah. Baru kali ini aku merasa aku benar2 dekat dengan Mu ya allah. Sewaktu aku mengangkat takbir di dalam solat Isya’ ku malam td..  aku rasa sayu sangat. Ntahlah kenapa. Aku teruskan solat. Sewaktu ruku’ ku yang pertama mata ku bergenang. Aku tahan ya allah. Sehingga di waktu aku bersujud air mata aku mengalir, aku cepat2 tahan sehinggalah selesai solat isya’ku.

Selepas solat isya’ aku berdoa dan menangis lagi. Then, aku bangun untuk melakukan solat sunat taubat. Yaa. Kali ni aku hamburkan air mataku sepuas-puasnya untukmu yaAllah. Dalam sujudku aku menangis ya allah. Aku menangis mengenang dosa ku ya allah. Bukan ini kali pertama aku lakukan solat sunat taubat. Tp solat sebelum ini tidak pernah aku menagis sebegini ya allah. Air mata aku keluar tanpa dipaksa. Kalu dulu aku solat terpaksa untuk mengenang kembali dosa aku untukku  menangis (sebab org kate solat taubat ni akn wat kita menangis ) tapi kali ini tidak. Air mata ku mengalir semahu mahunya. Dalam sujudku meminta ampun kepada mu Ya Allah. Yaa. Memang aku malu. Aku malu untuk mengadu kepadamu. Aku malu untuk menangis dihadapanmu. Kerana ? dulu akulah yang paling senang untuk lupakan mu. Tidak pernah ingt suruhanmu. Cuma aku susah baru aku cari kau ya allah. Itupun Cuma kadang2. Aku lebih cari Teman berbandingmu. Mencari hiburan untuk hilangkan sunyiku. Tapi akhirnya, kerisauan, kegelisahan, kekosongan yang aku temui.

Adakah aku berhak untuk mengadu kepadaMu ya allah? Kau yang aku selalu sisihkan. Selalu palingkan mukaku dari menghadapMu. Aku bersihkan mukaku berkali kali, tapi tidak sekali pon aku sucikan mukaku dengan Wuduk mu. Aku losenkan tanganku berkali kali tapi tidak sekali pon aku sucikan tanganku dengan Wuduk mu. Aku sentiasa ingin nmpak cantik di mata teman temanku tetapi tidak sekali pon aku ingin menunjukkanya depan Mu ya allah. Sedangkan kau lah pemiliknya ya Allah. Pemilik kepada segala yang ada padaku termasuklah diriku ya allah.

Kalau dulu aku kesunyian,aku hapuskanya dengan karoke, wayang, movie sana, movie sini. Xcukop movie donlod lagi yang lain. Dalam Negara luar Negara habis aku tonton. Masa tu mmg aku seronok sangt. Seronok sampai lupakanmu. Adakah aku masih layak untuk mengadu kepadamu ya allah ? hamba jenis apa kah aku ini ? hidup dibumi penuh dengan pinjaman tp masih nak berlagak, angkuh, bongkak . masyaalah. Tapi aku sedar. Kau xpernah terasa dengan apa yg aku lakukan. Kau sentiasa menerima hambamu yang ingin bertaubat. Kau xpernah lupakan aku ya allah. Segala kesenangan, kesusahan,kesedihan, kegembiraan kau bagi kepadaku untuk mengingatkan ku kepadamu ya allah.
Ampunilah hambamu ini ya allah.

Ya allah. Kau maha pengampun lagi maha penyayang ya allah. Kau maha mengetahui di langit dan di bumi. Kau maha mengetahui setiap detik kehidupan hamba hamba mu ini ya allah. Cuma satu yang aku pinta, kau jagalah hatiku untuk selalu mengingatimu ya allah. Kerana hati manusia lalai kepadamu. Jagalah hatiku ya allah. Amin ya rabbal ‘alamin ~

No comments:

Post a Comment